Saturday, November 17, 2012

BAHASA JIWA BANGSA

Assalamualaikum.....rasanya dah lama aku tak kemaskini blog ni kan jadi hari ini aku nak menulis sesuatu sempena bulan bahasa yang sedang diperkatakan dan disambut sekarang ni. seperti yang semua tahu bahasa melayu adalah bahasa rasmi bagi negara kita dan bagi memartabatkan bahasa ini kerajaan telah mengadakan bulan bahasa pada setiap tahun bagi terus memartabatkan dan meletakkan bahasa melayu itu sendiri ditempat yang mulia.

tetapi pada zaman sekarang ini aku sangat sedih kerana orang melayu sendiri tidak menuturkan bahasa ibunda mereka sendiri tetapi lebih berbangga dan senang bertutur dalam bahasa asing dan bagi golongan muda-mudi pula kalau menggunakan khidmat pesanan ringkas tu memang lagi ringkas lah dibuatnya, jika diikutkan bahasa melayu merupakan bahasa kelima yang dituturkan didunia oleh itu kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wadah terpenting selain wadah pendidikan dan kebudayaan bagi membentuk keperibadian sasiah rakyat malaysia sangatlah penting. kita boleh melihat seperti di negara-negara maju contohnya asia timur rakyat dinegara terbabit menggunakan sepenuhnya bahasa ibunda mereka dalam setiap perkara yang dilakukan dan ini sepatutunya kita teladani juga kita ikuti supaya nanti tidaklah timbul istilah bahasa rojak.

bahasa melayu bukan sahaja bahasa bagi kaum melayu tetapi selepas ia diangkat sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Tanah Melayu ia secara automatiknya menjadi bahasa seluruh warganegara malaysia termasuk kaum-kaum lain yang terdapat di malaysia. jadi berbanggalah kita sebagai rakyat malaysia untuk menuturkan bahasa ibunda kita dan bukan menggunakan bahasa asing dalam kehidupan kita seharian....erm cukup setakat ini dahulu rasanya ada masa panjang umur kita akan bertemu lagi sekian wasalam.............