Tuesday, March 27, 2012

suara halus dari daerah kastanovela

Beberapa hari yang lepas aku telah bersembang dengan rakan-rakanku tentang kesukaran para belia untuk mendapatkan peluang pekerjaan,mereka meluahkan betapa sukarnya untuk mencari pekerjaan terutama dalam sektor kerajaan begitu juga sektor swasta yang rata-rata inginkan mereka yang memiliki pengalaman dalam bidang yang berkaiatan sedangkan hakikatnyer kebanyakkan muda-mudi atau para belia beliawanis masa kini adalah mereka yang merupakan lepasan universiti dan kolej yang tiada lansung pengalaman cume yang ada hanayalah teori sebagai bekalan didada. Bagi pendapat aku plak kalau lah bukan agensi-agensi terbabit tidak memberi peluang kepada mereka ini sapew lagi yang nak memberi peluang tersebut seperti kata pepatah kalau tak dipecahkan ruyung manekan nak dapat sagunyer atau lau tak dibukakan pintu macamane mereka nak masuk tak kan nak masuk ikut jalan belakang....


Aku bukanlah bagoz sangat nak komen lebey-lebey tapi ini adlah hakikatnyer yang terjadi pada masa kini,kalau kes-kes jenayah bertambah ada pihak sibuk menyalahkan golongan belia nie konon mereka nie pemalas nak cari kerja dan mahukan kerja yang senang saje tapi realiti zaman sekarang nie memang sukar untuk para belia nie nak dapat peluang bekerja. Memang aku tak jugak nafikan ada segelintir muda-mudi nie yang pemalas tapi tak semuanyer begitu dan masih ramai lagi yang betul-betul nak bekerja ditambah dengan kos sara hidup yang makin tinggi. Oklah dari aku teruz melalut tak tentu pasal lagi beklah aku beredar nanti takot plak ada yang angin moga jumpe lagi dilen waktu dan tempat Assalamualaikum...... 

No comments:

Post a Comment